Elak Kesesakan Semasa Bercuti di Kelantan

30 May 2014

Untuk itu, jika datang Ke Kelantan pada musim cuti sekolah, anda perlu merancang sebaiknya perjalanan anda di sini.

Panduan mengelak trafik jem di Kelantan:

Rancang perjalanan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan

Dengan perancangan yang baik, segala persiapan dan jadual dapat dipenuhi dengan terancang sekaligus dapat mengelakkan kesesakan. Tentukan jalan-jalan yang ingin ditempuhi termasuk jalan pintas.

Hari sesuai

Hari Jumaat dan Sabtu adalah waktu paling sesak tambah-tambah lagi pada musim cuti. Ini kerana Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu di Kelantan. Pada waktu ini, penduduk tempatan yang juga keluar untuk membeli-belah dan bersiar-siar. Seboleh-bolehnya, elakkan memandu pada waktu sesak ini.

Mulakan perjalanan seawal pagi antara jam 8-10 pagi

Di Kelantan, jam 12 tengahari pada musim cuti sekolah sudah mula sesak di beberapa bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas dan Rantau Panjang. Bertolaklah seawal mungkin jika hendak pergi kemana-mana tempat yang jaraknya agak jauh seperti perjalanan dari Kota Bharu ke Rantau Panjang

Berjalan kaki di Bandar Kota Bharu

Jika berada di Bandar Kota Bharu, tidak perlulah menaiki kereta jika hendak ke tempat menarik seperti Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu, Perkampungan Kraftangan dan sebagainya, sebaliknya hanya berjalan kaki sahaja.

Gunakan GPS/Smartphone

Pelbagai teknologi boleh anda gunakan seperti Waze, Papago, Garmin dan sebagainya yang boleh membantu anda dalam mengenalpasti jalan yang berlaku kesesakan.

 

Selamat Bercuti




Comments

  1. says

    TIPS BERCUTI KE KELANTAN.

    1)Booking Tiket Hotel/Resort.

    Kenal pasti dahulu anda mahu pergi kemana.Lagi bagus jika dah booking.

    2)Dapatkan Maklumat tempat- tempat menarik di kELANTAN untuk di lawati.

    Info Tempat- tempat di kELANTAN? search saja dekat Uncle Google.com, macam2 yang keluar TAK Ade masalah…

    3)Aktiviti ( CADANGAN ) =).

    1 ) Kampung Kraftangan : Kampung kraftangan yang terdapat di bandar Kota Bharu ini adalah antara lokasi pelancongan utama Negeri Kelantan.
    2 ) Pantai Cahaya Bulan (PCB) : Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota bHARU.
    3 ) Kota Sultan Ismail Petra serta pelbagai monumen bersejarah berdekatan : Kawasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar.

    4) KENDERAAN SEWA?

    PERGI JE KAT >> http://sewavandikelantan.blogspot.com.

    Pernah BERCUTI di Kelantan?
    Nak bercuti di Kelantan tak? Pergi sini yer >> Van Sewa di Kelantan / Kelate.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


two + = 5


*