Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Pengkalan Kubor di Tumpat Kelantan adalah satu lagi tempat shopping barangan tempatan dan buatan Thailand yang agak tersohor dikalangan pengunjung. Dikenali sebagai Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.

Pengkalan Kubor Zon Bebas Cukai

Pengkalan Kubor Zon Bebas Cukai

Apa yang dijual? Pelbagai barangan buatan Thailand yang sama seperti dijual di Rantau Panjang termasuklah jersi bola, pakaian celoreng, toto, pinggan mangkuk, periuk belanga, barangan dapur dan sebagainya.

Jersi bola di Pengkalan Kubor

Jersi bola semestinya mempunyai ramai pembeli

Pakaian celoreng

Pakaian celoreng boleh didapati di sini

Baju kanak kanak di Pengkalan Kubor

Baju kanak-kanak mudah didapati. Belilah sebagai kenang-kenangan kepada anak anda

Bantal dan toto di Pengkalan Kubor

Banyak jenis bantal boleh dipilih. Barangan sebegini lebih banyak dari Rantau Panjang

Patung mainan Pengkalan Kubor

Barangan patung mainan, kereta kawalan jauh dan pelbagai mainan kanak-kanak ada dijual.

Di sini juga anda boleh mendapat periuk dan kuali berjenama seperti Tefal, Corelle, Corningware dan sebagainya. Harga yang ditawarkan lebih kurang sama dengan harga di Rantau Panjang. Pastikan anda berkunjung ke kedai yang authorized menjual barangan ini untuk mengelak daripada terbeli barang tiruan.

Kedai Pinggan Mangkuk Berjenama di Pengkalan Kubor

Kedai pinggan mangkuk berjenama di Pengkalan Kubor

Kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan yang berpagar. Pintu utama hanya dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Jadi jika anda ingin shopping, eloklah datang pada waktu pagi. Pada pukul 5.30 petang semua pembeli akan diarahkan keluar oleh pihak Kastam kerana pintu utama akan ditutup pada waktu tersebut

Anda perlu melalui pintu utama tersebut untuk keluar masuk ke kawasan pasar. Tempat parking agak terhad. Disini pihak kastam lebih strict kalau anda membeli barang penuh bonet.

Kawasan sekitar Pengkalan Kubor

Kawasan sekitar Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Biji gajus

Jangan lupa mencuba pelbagai jenis kekacang, biji gajus dan lain-lain lagi. Beli semasa hendak pulang selepas shopping. Boleh dimakan dalam kereta mahupun di tempat penginapan

Perbezaan Pengkalan Kubor dengan Rantau Panjang

Selalu orang bertanyakan perbezaan Pengkalan Kubor dengan Rantau Panjang. Bagaimana pula dengan harga yang ditawarkan di Pengkalan Kubor berbanding Rantau Panjang? Jika belum membaca panduan yang kami sediakan untuk shopping di Rantau Panjang, klik untuk melihat panduan dan tip membeli belah di Rantau Panjang.

Dari segi barangan, barangan yang dijual di Pengkalan Kubor sama dengan Rantau Panjang, tetapi Rantau Panjang lebih banyak pilihan.

Puratanya harga di sini dengan Rantau Panjang tidaklah terlalu banyak beza. Kadang-kala bergantung atas barangan juga. Ada yang lebih murah di Pengkalan kubor dari Rantau Panjang. Namun perbezaan harga tidaklah begitu ketara.

Untuk barangan seperti toto, didapati ia lebih murah dari Rantau Panjang, tetapi tidaklah besar bezanya. Harga barangan pinggang mangkuk dan kuali pula adalah sama seperti yang dijual di Rantau Panjang. Cuma, di Pengkalan Kubor tidak banyak pilihan barangan seperti mana di Rantau Panjang.

Kawasan membeli-belah di Pengkalan Kubor tidak seluas Rantau Panjang. Kedai juga tidak banyak selain daripada masalah tempat letak kereta dan lokasinya yang mudah sesak jika waktu cuti sekolah.

Bagi menjimatkan kos, masa dan tenaga, pilihlah salah satu tempat shopping yang anda berkenan, samaada Pengkalan Kubor atau Rantau Panjang. Anda dicadangkan tidak perlu berkunjung kedua-dua tempat ini kerana perbezaan harga tidak begitu ketara. Masa yang terluang boleh diperuntukkan untuk ke tempat lain.

 Tip:

  1. Jika ke Pengkalan Kubor, tak perlu ke Rantau Panjang dan begitulah sebaliknya. Ini untuk menjimatkan masa dan wang anda. Walaubagaimanapun, jika mempunya masa yang banyak, boleh sahaja mengunjungi kedua-dua zon bebas cukai ini terutamanya pada mereka yang pertama kali datang.
  2. Jika anda menginap di Kota Bharu, jarak ke Pengkalan Kubor lebih dekat berbanding Rantau Panjang. Jadi, rancanglah perjalanan anda dengan bijak.
  3. Jangan lupa untuk singgah ke Pantai Genting atau Pantai Sri Tujuh selepas membeli-belah. Pantai Genting lebih meriah dan sesuai untuk berkunjung di waktu petang.



Comments

  1. Kawasan di Pengkalan Kubor ni tak seluas Rantau Panjang. Jadi, anda akan lebih mudah mencari barang yang diperlukan di sini.

  2. Muhammad Nasrullah says:

    memang best bercuti d kelantan.

  3. Hazrie Rie says:

    Minggu depan jalan kelantan.

  4. Mazu Maznun says:

    esok cube riki rantau panjanglah kalu gtu.

  5. Azeez Hj says:

    will dropby

  6. Hawa Nizam says:

    dari bandar kb… jarak antara pangkalan kubur n rantau panjang mana lebih dekat ngan bandar kb… coti krismas ni nak ke kelantan…

  7. Nor Aini says:

    kami akn stay d salah satu htel d wakaf che yeh, dr hotel k rntau pnjg & pgkln kubor mana 1 lbh dkt. rntau pnjg ttup kul bpe? bazar tok guru pula operasi dr kul bpe hingga ble tutup.

  8. Lie Yann Sya says:

    dup dap dup dap dah hati ni nak p sna,,, haraplah dapat p,, hotel yg dekat rantau panjang ada x admin? tempat sewa kereta ada x?

Bagaimana komen anda?

*


nine − = 0