
Bazar Tok Guru – Foto oleh lens.zestladesign.com
Bazar Tok Guru adalah tempat membeli-belah terbaru di Kelantan yang mula beroperasi pada pertengahan tahun 2011. Kewujudan bazar ini adalah menggantikan pasar MPKB dan Arked UDA yang dirobohkan. Sebahagian besar peniaga di pasar MPKB dan UDA telah berpindah ke Bazar Tok Guru ini.
Ia dibina dengan konsep bercirikan Islam. Rekabentuk bangunan seperti kubah dan gerbang masuk diambil dari rekabentuk masjid di Mekah dan Madinah.
Pelbagai kemudahan yang disediakan di Bazar Tok Guru ini. Antaranya adalah:
- Tingkat Bawah – Lot-lot perniagaan.
- Tingkat 1 & 2 – Lot-lot Bazar berjumlah lebih 400 unit.
- Kemudahan tempat letak kereta di tingkat semi basemen.
- Empat (4) gerbang masuk utama.
- Tempat letak bas pelancong.
- Perhentian pengangkutan awam seperti bas, teksi dan beca.
- Kaunter Penerangan Pelancong.
- Kemudahan bank dan mesin ATM.
Apa yang dijual?
Pelbagai jenis pakaian, tudung dan kain boleh didapati di sini. Antaranya ialah seperti tudung bawal, baju lelaki dan wanita, kain ela, kain batik, kain sarung, kain sembahyang, kain pelikat dan pelbagai lagi jenis kain dan pakaian. Pendek kata, semua ada. Malah sesetengah dari penduduk tempatan mengatakan Bazar Tok Guru adalah syurga membeli-belah terbaru di Kelantan dengan tawaran harga yang murah.

Pelbagai jenis baju wanita

Kain pelikat dan kain sembahyang aneka pilihan
Oleh kerana pasar MPKB dahulu menjual barangan berupa pakaian yang murah atau dijual dengan harga borong, maka harga di Bazar Tok Guru juga tidak jauh bezanya dari pasar MPKB dahulu kerana sebahagian besar dari peniaganya adalah orang yang sama. Sangat dicadangkan untuk shopping barangan berupa pakaian, tudung, toto dan kain di sini kerana harga yang ditawarkan adalah antara yang termurah di Kelantan berbanding di beberapa pusat membeli-belah yang lain.

Syurga tudung bawal asli dan pelbagai jenis tudung yang boleh dibeli dengan harga borong jika dibeli dalam kuantiti yang banyak
Ruang parking yang disediakan adalah banyak, anda tidak perlu risau dengan parking. Tidak sah jika tidak menghabiskan sekurang-kurangnya 1 jam untuk shopping di sini. Kedai barangan runcit juga disediakan untuk anda membeli makanan atau minuman ringan untuk anak-anak sambil menunggu anda shopping.
Terdapat perbezaan harga antara kedai-kedai di sini. Oleh itu, survey terlebih dahulu harga di setiap kedai sebelum membeli dan jangan lupa tawar menawar. Kebanyakan peniaga di sini sangat ramah dan mudah untuk berurusniaga.

Walaupun ruang sedikit sempit, namun ia tetap selesa kepada pengunjung
Jika anda sedang bercuti di Kelantan, wajib singgah di Bazar Tok Guru untuk membeli pelbagai jenis pakaian seperti tudung bawal asli, kain sembahyang, kain batik dan sebagainya kerana harga di sini antara yang termurah di Kelantan.
Tip shopping di Bazar Tok Guru
- Pada waktu cuti sekolah, sangat sesuai berkunjung bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Lebih banyak masa boleh diperuntukkan untuk survey harga dan memilih barangan kerana terdapat banyak pilihan di sini.
- Terdapat perbezaan harga antara kedai, oleh itu survey terlebih dahulu sebelum membelinya.
- Jika berpuas hati dengan penjual dan harganya, minta sahaja kad perniagaan mereka atau dapatkan nombor kedai supaya mudah untuk anda kembali membeli di kedai tersebut di kemudian hari.
- Tudung bawal asli boleh dibeli dengan harga borong jika dibeli dalam kuantiti yang banyak. Jadi sedikit sebanyak anda boleh menjana keuntungan jika dijual kepada rakan pejabat atau kenalan dengan harga pasaran terutamanya kepada orang luar Kelantan.
Peta Bazar Tok Guru





sesape nak sewa tingkat 1 bazar tok guru contact saya.
Terima kasih kerana mempromosikan Bazar Tok Guru sbg destinasi beli-belah utama di Kota Bharu…Diharapkan lebih ramai yg akan berkunjung ke Bazar Tok Guru dan singgah di kedai kami di Tingkat 2.
https://www.facebook.com/jenjarumfashion
Jika anda ingin shopping tudung atau pakaian, dicadangkan ke Bazar Tok Guru kerana harga yang ditawarkan antara yang termurah di Kelantan.
Selamat datang ke Bazar Tok Guru dan jemput shopping di kedai kami di Lot E029 & E030, Tingkat 2.
as salam. bleh berikn full add bzr tok guru? kami akn k klntn pd 23-25 dec ni. sblm ni x pnh g lg bazar ni.
Bazar Tok Guru,
Jalan Sultan Ibrahim,
15050 Kota Bharu, Kelantan.
tq…
Jgn lupa singgah di kedai kami di tingkat 2 ye. ada byk kain cotton dan jubah utk dipilih
insyaallah jnji beri special discount ye..
InyaAllah…akak punya pasal no problem
https://www.facebook.com/jenjarumfashion?ref=hl#!/photo.php?fbid=303421903107666&set=pb.251215094995014.-2207520000.1355205546&type=3&theater
tempat yg yg sy pasti pergi setiap kali balik Kelantan.. memang best membeli di situ..
assalamualaikum nak tahu.. kedai2 mkn yg ada kat pasar MPKB dulu tu g mn eh.. ada di bazar tok guru ko?