Serunding daging Wan Sabariah di Pasir Mas

14 March 2014

Serunding Daging Wan Sabariah Kelantan

Pernahkan anda melihat rumah ala-ala istana di atas? Jika bercuti di Kelantan dan ingin membeli-belah di Rantau Panjang, anda akan melalui rumah ini berdekatan dengan roundabout Salor di Pasir Mas.

Di kawasan tepi rumah inilah tempat memproses serunding daging yang popular di Kelantan, di Pasir Mas khususnya.

Serunding daging atau sambal daging yang diproses di rumah agam bewarna hijau ini dimiliki oleh Wan Sabariah dan keluarga, salah satu tempat yang popular untuk mendapatkan serunding daging yang digemari ramai.

Serunding Daging Wan Sabariah Pasir Mas

Serunding daging Wan Sabariah, popular di Pasir Mas Kelantan.

Cukup mudah untuk ke sini. Jika anda ingin ke Rantau Panjang melalui Pasir Mas, anda akan melihat sebuah rumah bewarna hijau di sebelah kiri jalan setelah melalui bulatan Salor, Pasir Mas.

Tempat memproses serunding tersebut bukanlah di dalam rumah ini, tetapi di sebelah kiri rumah. Anda boleh mendapatkan serunding yang segar di kawasan memproses melalui pintu pagar kecil di sebelah kiri pintu utama.

Serunding Daging Wan Sabariah Kelantan

Tempat memproses serunding

Selain serunding daging, serunding ayam, ikan dan dodol juga boleh didapati. Yang pasti, serunding daging atau panggil sebagai sambil daging paling cukup tinggi permintaannya. Serunding yang siap diproses terus dipacking untuk dijual.

Serunding Daging

Serunding yang telah siap dipacking dan sedia untuk dijual. Di sini anda boleh mendapatkan serunding yang segar dari dapur. Enak dimakan dengan nasi atau mengikut selera sendiri.

Jika ke sini, anda boleh dapatkan serunding daging yang segar. Wajib singgah dan beli jika anda dalam perjalanan pergi atau balik dari membeli-belah di Rantau Panjang.

Sambail daging Kelantan

Menjadi tumpuan terutamanya pada musim cuti sekolah

Serunding daging sangat sesuai dijadikan ole-ole untuk dibawa pulang ke rakan-rakan atau saudara-mara bila bercuti di Kelantan.

 

Hubungi:

Hjh Wan Sabariah & Keluarga
952 Kuala Lemal 17000 Pasir Mas Kelantan
H/P: 0199126125 / 0199873199




Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


5 × = forty five


*