Menjamu selera ikan keli dan budu di Restoran Nasi Ulam Cikgu

Bagi penduduk Kelantan, restoran Nasi Ulam Cikgu atau Nasi Ulam Kraftangan ini memang tidak asing lagi.

Ia sangat terkenal dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid.

Lokasinya sangat strategik iaitu berdekatan dengan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra di dalam Kampung Kraftangan.

Harga pula memang tersangat berpatutan. Keunikan kedai ini ia mempunyai beraneka jenis ulam-ulaman. Sehingga kadang-kadang penulis juga tidak kenal nama dan tidak pernah makan sebelum ini.

Ikan keli goreng berempah yang disajikan besar, segar dan sangat sedap.

Antara menu popular adalah ikan keli, budu, masak gulai tempoyak ikan patin, pelbagai jenis ulam-ulaman dan banyak lagi masakan kampung.

Dikhabarkan budu yang digunakan di restoran ini sangat istimewa di mana ia dibuat sendiri menggunakan resipi turun temurun, dan semestinya rasa budu tersebut tidak terdapat dimana-mana kecuali di sini.

Pintu masuk restoran nasi ulam

Jika anda datang dengan keluarga yang ramai, elok buat tempahan meja terlebih dahulu kerana boleh dikatakan tiap-tiap hari kecuali Jumaat pengunjung tersangat ramai terutamanya semasa waktu puncak jam 1 – 2 ptg.

Bayangkan semasa cuti sekolah, bukan sahaja pelancong, malah orang bekerja di sekitar KB pun sentiasa makan di sini. Jadi, bersedialah ‘berebut’ meja jika datang pada waktu sebegini. Kalau boleh, datang lebih awal iaitu jam 11 atau 12 tengahari.

Restoran ini boleh dikatakan ‘signature restoran’ di negeri Kelantan. Tidak lengkap jika anda tidak menjamu selera di restoran ini semasa berada di Kota Bharu.

Antara hidangan di restoran

Suasana di waktu puncak

Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan

Jadikan Restoran Nasi Ulam ini restoran mesti pergi jika bercuti di Kelantan

Menu popular:

Ikan keli goreng berempah, ikan patin masak gulai tempoyak, beraneka jenis ulam-ulaman, budu, tempoyak, ikan bakar, kuah lemak, air sirap

Tips:

  • Makan secara hidang – lebih jimat dan murah.
  • Waktu peak hour adalah jam 1-2 petang. Jadi, dicadangkan datang dalam pukul 11-12 tghari untuk lebih selesa. Disyorkan tempah meja terlebih dahulu jika datang dalam jumlah yang ramai
  • Terdapat pelbagai tempat menarik dan tarikan pelancongan di sekitar restoran ini seperti Kota Sultan Ismail Petra dan Muzium Kraftangan.

Lokasi: Kota Bharu

Kategori: Masakan Kampung

Servis : Layan diri

Tempahan meja: Cikgu Hamid 019-9466665 / 018-9042345 Kak Zam 014-8136555 / 017-9227972

Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat (11 pg – 5 ptg)

Alamat: Jalan Hilir Kota, 15300 Kota Bharu, Kelantan.




Comments

  1. Orang kata, tak sah kalau datang bercuti di Kota Bharu tak makan di restoran nasi ulam ini.

  2. Eda Azemi says:

    cdap ooh

Bagaimana komen anda?

*


7 × six =