Restoran A.M Tarbush citarasa Arab-Malaysia

15 October 2012

Restoran A.M. Tarbush

Bagi peminat masakan Arab, restoran A.M. Tarbush adalah restoran pilihan nombor satu di Kelantan.

Lokasinya di Jalan Lundang. Berdekatan dengan Pasaraya Billion, 4km dari KBMALL menghala ke Kubang Kerian.

Menu popular semestinya Nasi Mandy Ayam (chicken mandy) dan Mandy Kambing (lamb mandy). Harga mandy ayam ialah RM10.09, manakala mandy kambing RM12 (harga sentiasa berubah dari semasa ke semasa).

Chicken Mandy A.M. Tarbush

Hidangan Ayam Mandy dengan nasi Arab

Apa yang unik, resepi yang digunakan di restoran ini diimport khas dari Timur Tengah dengan sedikit adunan masakan Malaysia.

Hidangan di A.M. Tarbush

Antara hidangan membangkitkan selera di Restoran A.M. Tarbush

Sesetengah orang Malaysia tidak suka masakan Arab asli. Jadi, restoran ini mengadunkan resipi Arab yang bersesuaian dengan selera orang Malaysia. Memang kena dengan slogan restoran ini “Masakan Arab Citarasa Malaysia”.

Restoran A.M. Tarbush

Menu popular :

Nasi arab (Mandy Ayam atau Mandy Kambing)

Tips:

1) Jika ingin tambah, anda boleh minta nasi sahaja tanpa lauk. Ini lebih menjimatkan kerana ayamnya agak besar juga

Tempahan meja:

0129562775
0139900152

Waktu Dibuka

Setiap hari
12 Tghari – 12 Mlm

Peta Lokasi




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


7 × six =


*