Sebenarnya tidak ramai yang tahu akan kemasyhuran Mee Paloh Rawa yang terdapat di kampung Paloh Rawa, sempadan Machang dan Tanah Merah ini.
Kedai ini sudah lama dibuka oleh Che Harun sejak tahun 1980 an lagi.
Bagi penulis, Mee Paloh Rawa ini adalah ‘mee kuah’ yang paling lazat di Kelantan dibandingkan dengan mee lain seperti mee Kg Pek. Rasanya ala-ala mee bandung Muar.

Mee Che Harun Paloh Rawa yang lazat. Tengok sahaja boleh membuatkan anda terliur.
Jika anda dalam perjalanan antara Machang ke Tanah Merah/Jeli adalah sangat disyorkan untuk singgah sekejap di warung ini.
Ia berdekatan dengan SK Paloh Rawa, iaitu bersebelahan dengan landasan keretapi. Sila rujuk peta yang disediakan di bawah.
Warung ini tidaklah besar, tetapi sangat ramai pengunjung lebih-lebih lagi pada waktu tengah hari dan petang, malah menjadi kedai wajib untuk makan tengahari bagi kebanyakan penjawat awam di sekitar UiTM Machang dan Tanah merah.
Menu mee yang disediakan samaada mee goreng atau mee berkuah. Yang paling popular adalah mee berkuah. Anda boleh cuba menu mee campur kuey tiew berkuah.
Harga biasa adalah RM4, manakala special harganya lebih kurang RM5. Datanglah ke warung ini, anda pasti menggemarinya.

Suasana di kedai mee Che Harun di Paloh Rawa
Info
Dibuka setiap hari 10pg-6ptg kecuali hari Jumaat




nak kena try ni….syruppp…
Nak makan Mee Paloh Rawa Che Harun ni! Macam best je!
kena ejah masuk mee pok jeng kg joh labok etek.
Best ke kat situ..