Masak steamboat di Restoran Food Village

15 October 2012

Papan tanda restoran foodvillage

Mencari hidangan buffet dan steamboat di Kelantan? Tak perlu susah mencarinya lagi, terus sahaja ke restoran Food Village, ‘Well known‘ restoran di Kelantan yang kini mempunyai cawangan di Kg Kedai Buloh, PCB. Restoran ini pernah telah disiarkan di rancangan jalan-jalan cari makan TV3. Restoran Food Village yang asal ini terletak di Kg Baung Pengkalan Chepa, 4 km sahaja dari bandar Kota Bharu. Ia menyediakan hidangan buffet steamboat ataupun dipanggil “chim-chum”. Bayaran yang dikenakan bagi orang dewasa ialah RM17.90 dan kanak-kanak (3-7 Tahun) RM11.90. Harga ini tidak termasuk air. Anda boleh makan seberapa banyak yang mahu.

steamboat foodvillage

Masak sendiri steamboat anda. Bahagian bawah dapur direbus manakala bahagian atas dibakar

Terdapat 16 jenis makanan istimewa “chim chum” seperti ayam BBQ, bebola daging, ketam, telur, sayuran, bubur, daging BBQ, sotong, bebola ikan, udang, sohon, buah-buahan, mee/kuey teow goreng, laksa dan laksam Siam. Pilih sendiri makanan kegemaran anda, letakkan ke atas dapur yang disediakan diatas meja anda dan boleh nikmati sepuas hati. Makan seberapa banyak yang anda mahu di kedai ini dan anda bebas memilih dan mengambil apa-apa makanan. Tetapi, setiap makanan yang anda ambil jika tidak dihabiskan dan banyak lebihan akan dikenakan caj penalti. Ini bagi mengelakkan kerugian di pihak pengusaha restoran.

buffet di foodvillage

Buffet mentah yang dihidangkan untuk dimasak

Pada hari gaji, hujung minggu dan cuti sekolah restoran ini akan dikunjungi oleh ramai orang. Dicadangkan untuk membuat tempahan meja jika datang dengan jumlah yang ramai ataupun datang pada waktu puncak seperti musim cuti sekolah. Ruangan parking kereta agak terhad. Sebagai alternatif anda boleh parking di luar kawasan restoran iaitu di tepi jalan.

menu di foodvillage

Mesti mencuba semua hidangan yang disediakan

 

restoran foodvillage di waktu malam

Suasana di waktu malam

suasana restoran foodvillage

Pengunjung yang ramai di waktu puncak atau cuti sekolah

 

Menu popular : Pelbagai jenis steamboat, laksam dan laksa

Tips:

  1. Makan sehingga betul-betul kenyang baru memadai dengan harga yang dikenakan
  2. Jangan campurkan daun selasih ke dalam periuk utama, kerana ia akan menjejaskan rasa sup tersebut. Daun selasih elok di makan bersama laksa atau laksam (laksa Siam)
  3.  Makanan yang diambil mesti dihabiskan, jika tidak, akan dikenakan charge tambahan.
  4. Lebihkan makanan seperti ayam BBQ, daging BBQ, sotong, udang kerana makanan ini lebih bernilai berbanding bebola ikan, bebola udang dan menu steamboat yang lain.
  5. Menghirup sup boleh menjadikan anda cepat kenyang, jadi rancanglah cara makan dengan bijak bila menjamu selera di Restoran Food Village.

Info Restoran Food Village:

Facebook : http://www.facebook.com/FoodVillageRestaurant

Tempahan meja: 017-9239448

Waktu Urusniaga: Dibuka setiap hari 5 ptg – 12 mlm

Alamat:
Food Village,
Lot 1184, Kg Baung,
Jalan P.Chepa,
16100 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel: 017-9239448

 

 




Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


× 3 = three


*