Hidangan air kelapa aiskrim dan mee celup di Warung Moksu Pasir Mas

15 October 2012

warung kurnia ibu atau kedai moksu

Inginkan hidangan ‘ringan’ yang lazat di suasana yang mendamaikan? jom ke kedai Moksu di Pasir Mas.

Warung Kurnia Ibu atau lebih mesra dipanggil ‘kedai Moksu’ sangat popular di Pasir Mas. Lokasinya ditepi landasan keretapi.

Warung ini sudah lama beroperasi iaitu sejak tahun 1980an lagi.

Menariknya, warung ini merupakan antara pelopor minuman berasaskan kelapa (coconut shake) di Kelantan. Dahulunya warung ini  kecil dan beratapkan daun nipah sahaja. Kini, ia  lebih selesa dan ruang makan lebih luas.

Signature dish‘ di warung ini tentulah minuman coconut shake dan mee celup. Selain  itu, pelbagai jenis masakan panas dan western boleh didapati di sini.

coconut shake

Hilangkan penat berjalan dengan air kelapa susu ais krim

 

mee celup

Mee celup campur pasti menyelerakan

Apa yang sangat istimewa adalah minuman coconut shake dihidangkan dengan pelbagai jenis rasa aiskrim pilihan seperti vanilla, coklat, keladi, pandan dan pelbagai lagi.

Suasana di sini sangat mendamaikan. Layanan juga sangat memuaskan dengan mempunyai pekerja yang sopan serta memakai pakaian rasmi dan siap berkepiah.

Sangat disyorkan mencuba di warung ini jika singgah di bandar Pasir Mas.

suasana di warung kurnia ibu

Suasana di warung kurnia ibu

 

di tepi landasan keretapi

Di sebelah kiri gambar adalah jalan keretapi

 

warung kurnia ibu dalam NST

Disiarkan di dalam NST pada tahun 2010

Menu pilihan: Coconut shake + asirkim, mee dan kuetiaw celup

Tips:

  1. Tidak digalakkan untuk pergi selepas pukul 5 petang kerana kebiasaannya mee celup telah habis pada waktu ini.
  2. Ruang parking agak terhad, waktu puncak adalah tengahari, ramai budak sekolah akan ke warung ini.

Peta Lokasi Warung Kurnia Ibu (Moksu)




Comments

      • admin says

        amani, senang sahaja. Masuk jalan ke Slow Machang di tepi rail keretapi. Tempatnya di belakang SRK SIS. RUjuk peta di atas. :)

  1. Mazudi Mohammad says

    Askum
    Mcmn saya nak menghubungi tuan, berhubung dengan pengiklanan. Disini saya sertakan nombor telefon 0132626784

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


+ 4 = eleven


*