Meggi Ketam Cherang Ruku Kelantan

3 April 2014
hidangan-meggi-ketam

Meggi Ketam! Itulah nama menu yang pernah 'viral' di Facebook CutiKelantan tahun lepas. Ada beberapa restoran di Kelantan yang menyediakan menu unik ini. Antara yang paling hangat diperkatakan ialah Alemy Meggi Ketam. Restoran yang diusahakan oleh Alemy ini menjadi fenomena dengan kehadiran selebriti tempatan serta tokoh-tokoh tanahair selain pernah disiarkan di beberapa rancangan tv serta … [Read more...]

Thai Festival 2014 – Fuh! Rasai aneka masakan Thai yang menyelerakan

27 March 2014
som-tham

Salam sejahtera buat pembaca blog CutiKelantan.com. Jalan-jalan cari makan di Kelantan kali ini saya bawakan anda ke Thai Festival 2014 yang diadakan bersama-sama Kelantan Home Expo, bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-4 iaitu berhadapan Kelantan Trade Center (KTC). Festival ini diadakan pada 22 hingga 31 Mac 2014. Kebetulan pula ia jatuh pada musim cuti sekolah. Memang agak … [Read more...]

Roti Tempayan Terbaik di Kuala Krai

23 February 2014
kedai roti tempayan kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog CutiKelantan.com. Bulan lepas, iaitu Disember 2013 penulis berkesempatan mencuba roti tempayan di Guchil, Kuala Krai. Atas cadangan rakan-rakan, kami singgah di warung yang dinamakan ‘kedarotippaye’ atau Kedai Roti Tempayan. Lokasinya berhampiran simpang tiga lampu isyarat utama di Guchil Kuala Krai yang menghubungkan Kuala Krai, Gua Musang … [Read more...]

Buffet Ramadhan 2013 di Kelantan

13 July 2013
Buffet Ramadhan Kelantan 2013

Bulan Ramadhan kembali lagi. Berikut, disenaraikan buffet ramadhan untuk iftar (berbuka) yang disediakan pada bulan Ramadhan 2013 di restoran, resort serta hotel di Kelantan dan Kota Bharu khususnya. Kepada hotel dan restoran lain yang turut ingin turut serta mewarwarkan buffet di website CutiKelantan, sila hantar maklumat buffet anda kepada cutikelantan@gmail.com atau di Facebook  kami. Kami … [Read more...]

Senarai kedai sarapan pagi wajib cuba di sekitar Kota Bharu, Kelantan (Part 1)

22 February 2014
sarapan pagi di kelantan

Percutian dan kunjungan anda ke Kelantan tidak lengkap jika anda tidak mencuba sarapan pagi atau breakfast di kedai yang popular dari kalangan penduduk setempat. Ruangan kali ini penulis sediakan senarai tempat mashur yang 'evergreen' untuk bersarapan pagi di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Mungkin agak janggal bagi anda kerana sarapan pagi di Kelantan menyediakan menu yang 'berat' seperti … [Read more...]

Medan Ikan Bakar Kedai Buloh

13 June 2013
Restoran Food Village di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh

Jika anda ingin sedikit kelainan dengan menikmati menu masakan panas istimewa di kawasan tepi sungai Kelantan(Riverview),  jom berkunjung ke Medan Ikan Bakar Kedai Buloh. Lokasinya terletak  di Kedai Buloh, tidak jauh dari Pantai Cahaya Bulan. Medan Ikan Bakar Kedai Buloh ini adalah antara premis yang dibuka pada hujung 2011 oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang menjadi … [Read more...]

Serunding daging Wan Sabariah di Pasir Mas

14 March 2014
Serunding Daging Wan Sabariah Kelantan

Pernahkan anda melihat rumah ala-ala istana di atas? Jika bercuti di Kelantan dan ingin membeli-belah di Rantau Panjang, anda akan melalui rumah ini berdekatan dengan roundabout Salor di Pasir Mas. Di kawasan tepi rumah inilah tempat memproses serunding daging yang popular di Kelantan, di Pasir Mas khususnya. Serunding daging atau sambal daging yang diproses di rumah agam bewarna hijau ini … [Read more...]

Buffet Ramadhan 2012 di Kelantan

28 June 2013
Buffet Ramadhan Kelantan 2012

KLIK DI SINI UNTUK SENARAI BUFFET RAMADHAN TERKINI 2013 DI KELANTAN Berikut, disenaraikan buffet ramadhan yang disediakan pada bulan Ramadhan 2012 di restoran, resort serta hotel di sekitar Kota Bharu Kelantan. Untuk umat Islam yang ingin menempah buffet, makanlah dengan habis makanan yang diambil. Elakkan pembaziran di bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan merupakan pesta ibadat, makan buffet … [Read more...]

Restoran A.M Tarbush citarasa Arab-Malaysia

15 October 2012
Chicken Mandy A.M. Tarbush

Bagi peminat masakan Arab, restoran A.M. Tarbush adalah restoran pilihan nombor satu di Kelantan. Lokasinya di Jalan Lundang. Berdekatan dengan Pasaraya Billion, 4km dari KBMALL menghala ke Kubang Kerian. Menu popular semestinya Nasi Mandy Ayam (chicken mandy) dan Mandy Kambing (lamb mandy). Harga mandy ayam ialah RM10.09, manakala mandy kambing RM12 (harga sentiasa berubah dari semasa ke … [Read more...]

Menjamu selera di restoran Selera Tepi Sungai yang mendamaikan

15 October 2012
Restoran Selera Tepi Sungai

Sebut sahaja apa jua jenis masakan dan menu yang anda mahukan, semua ada di restoran sini. Restoran Selera Tepi Sungai sangat sesuai untuk menjamu selera di waktu petang mahupun malam. Ia Terletak di Tanah Merah, berdekatan dengan Sekolah Teknik Tanah Merah. Restoran ini terkenal dengan pelbagai jenis masakan, lauk pauk, aneka kuih muih Kelantan dan pemanis mulut. Merupakan tempat … [Read more...]

Mee Paloh Rawa Che Harun

15 October 2012
Mee Che Harun Paloh Rawa

Sebenarnya tidak ramai yang tahu akan kemasyhuran Mee Paloh Rawa yang terdapat di kampung Paloh Rawa, sempadan Machang dan Tanah Merah ini. Kedai ini sudah lama dibuka oleh Che Harun sejak tahun 1980 an lagi. Bagi penulis, Mee Paloh Rawa ini adalah 'mee kuah' yang paling lazat di Kelantan dibandingkan dengan mee lain seperti mee Kg Pek. Rasanya ala-ala mee bandung Muar. Jika anda … [Read more...]

Roti Canai Sabar Menanti Kari Gearbox Kubang Kerian

29 April 2012
Suasana di waktu malam

Roti Canai Sabar Menanti Kari Gear Box di Kubang Kerian adalah antara yang paling popular di Kelantan. Gerai roti canai ini beroperasi di tepi jalan, sebelum simpang masuk ke stesen bas Kubang Kerian. Hanya 5 km dari bandar Kota Bharu. Roti canai yang dibuat di sini tersangat lembut dan gebu. Kuah karinya jua pekat dan yang paling istimewa tentulah kari gearbox. Selain kari, kuah dal juga … [Read more...]

Ayam Percik di Restoran Yati Ayam Percik membangkitkan selera

15 October 2012
Ayam Percik Yati

Menu berasaskan percik merupakan masakan istimewa di Kelantan. Restoran Yati Ayam Percik ini adalah antara ‘signature’ masakan percik di sini. Ia sering menjadi tumpuan pengunjung dari luar Kelantan mahupun penduduk setempat. Restoran Yati Ayam Percik ini terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu. Apa yang menyebabkan restoran ini popular adalah kerana ayam serta ikan dibakar menggunakan … [Read more...]

Sarapan pagi nasi kerabu Ketereh di Warung Su dan Warung Cik Siti

15 October 2012
nasi kerabu su featured

Nasi Kerabu Ketereh, memang menjadi pilihan penduduk di sekitar Ketereh Kelantan. Malah ada juga dari Machang dan Kota Bharu sanggup menikmati nasi kerabu yang mashur di Kelantan ini. Nasi kerabu ketereh memang sudah lama wujud dan menjadi hidangan wajib bagi mereka yang tinggal berdekatan. Terdapat dua warung yang popular iaitu Nasi Kerabu Su dan Cik Siti. Kedua-dua warung ini dibuka seawal jam … [Read more...]

Masak steamboat di Restoran Food Village

15 October 2012
foodvillagefeatured

Mencari hidangan buffet dan steamboat di Kelantan? Tak perlu susah mencarinya lagi, terus sahaja ke restoran Food Village, 'Well known' restoran di Kelantan yang kini mempunyai cawangan di Kg Kedai Buloh, PCB. Restoran ini pernah telah disiarkan di rancangan jalan-jalan cari makan TV3. Restoran Food Village yang asal ini terletak di Kg Baung Pengkalan Chepa, 4 km sahaja dari bandar Kota Bharu. Ia … [Read more...]

Hidangan air kelapa aiskrim dan mee celup di Warung Moksu Pasir Mas

15 October 2012
moksufeatured

Inginkan hidangan 'ringan' yang lazat di suasana yang mendamaikan? jom ke kedai Moksu di Pasir Mas. Warung Kurnia Ibu atau lebih mesra dipanggil 'kedai Moksu' sangat popular di Pasir Mas. Lokasinya ditepi landasan keretapi. Warung ini sudah lama beroperasi iaitu sejak tahun 1980an lagi. Menariknya, warung ini merupakan antara pelopor minuman berasaskan kelapa (coconut shake) di Kelantan. … [Read more...]

Menjamu selera ikan keli dan budu di Restoran Nasi Ulam Cikgu

25 November 2012
nasiulam

Bagi penduduk Kelantan, restoran Nasi Ulam Cikgu atau Nasi Ulam Kraftangan ini memang tidak asing lagi. Ia sangat terkenal dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid. Lokasinya sangat strategik iaitu berdekatan dengan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra di dalam Kampung Kraftangan. Harga pula memang tersangat berpatutan. Keunikan … [Read more...]

Santapan orang istana

15 October 2012
cikgu3

Oleh ZAKI SALLEH   Kedai makan yang pernah dikenali sebagai Restoran Ikan Haruan menerima pelanggan mencecah 500 orang sehari. Apakah keistimewaan menunya sehingga ia digemari oleh rakyat biasa hinggalah golongan diraja? NASI ulam yang dicicah bersama budu bercampur mangga muda parut, cili api, bawang hiris dan tempoyak memang mencabar selera. RESTORAN Nasi Ulam Kampung Kraftangan … [Read more...]