Cadangan aktiviti percutian di Kelantan

4 March 2014

Welcome to Kelantan

Ramai pengunjung blog CutiKelantan.com dan juga fans dari FB kami meminta senarai tempat-tempat menarik, restoran best dan cadangan lain untuk dimasukkan dalam jadual mereka semasa bercuti di Kelantan. Jadi, bagi memudahkan anda merancang dan mendapatkan idea terbaik, kami sediakan cadangan tempat tempat yang mesti dilawati di Kelantan.

Cadangan jadual yang kami disediakan adalah untuk 3 hari 2 malam yang paling ideal berdasarkan pengalaman kami sebagai warga Kelantan sendiri. Namun, anda bebas memilih dan memindanya bergantung kepada kesesuaian percutian anda.

HARI PERTAMA

Katakan anda sampai di Kota Bharu, Kelantan pada waktu pagi. Sebelum check-in hotel atau guesthouse pada jam 2.30 petang, anda bolehlah bersarapan terlebih dahulu. Antara kedai sarapan yang mesti di cuba di Kota Bharu ialah Kopitiam Kita, Nasi Kak Wok, Nasi Ayam Kampung dan lain-lain. Baca lebih detail senarai tempat breakfast yang popular di Kota Bharu. Jika tidak pun, boleh sahaja breakfast di mana-dimana kerana Kota Bharu sangat banyak tempat bersarapan yang sedap-sedap.

Sesudah breakfast, anda boleh berehat dahulu di Masjid Muhammadi (antara masjid negeri yang tertua di Kelantan). Berdekatan masjid ini terdapatnya tempat tumpuan utama pelancongan Kelantan iaitu di Kota Sultan Ismail Petra. Anda boleh berjalan kaki untuk bersiar-siar. Antara yang popular ialah Menara Rehal, Muzium Kraftangan, Bank Kerapu, Istana Jahar, Kampung Kraftangan, Muzium Balai Besar dan pelbagai lagi. Baca artikel Kota Ismail Petra ini untuk lebih detail.

Kota Sultan Ismail dan pelbagai monumen bersejarah

Kota Sultan Ismail dan pelbagai monumen bersejarah

Setelah bersiar-siar sehingga waktu tengahari, anda boleh makan tengahari di restoran popular berdekatan iaitu Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan. Dicadangkan menjamu selera antara jam 11.00 pagi – 1.00 ptg untuk mengelakkan kesesesakan orang ramai.

Setelah kenyang, anda bolehlah check-in  di hotel dan berehat. Pada waktu petang, berkunjunglah ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Dalam perjalanan ke PCB, ada banyak gerai menjual jagung rebus. Jadi, belilah untuk dibawa ke pantai. Di pantai, anda boleh bersiar-siar menikmati angin pantai dan boleh mencuba makanan seafood ‘goreng-goreng’ di gerai berdekatan.

Setelah sepetang berada di pantai, perut pun mesti sudah lapar, jadi inilah masanya untuk makan malam. Terlalu banyak pilihan makan malam di Kelantan. Jika anda dari PCB, tempat makan popular yang terdekat ialah di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh yang menyediakan menu ikan bakar dan juga steamboat “chim chum”. Jika sukakan masakan panas dan tomyam popular, boleh berkunjung samaada di Restoran Horizon Garden, Restoran Four Seasons, Restoran Shafie, Restoran Sri Cheng Mai, Restoran Syam dan Restoran Sri Cerana . Jika mahu mencuba nasi kerabu Kelantan yang best, berkunjunglah ke Restoran Yati Ayam Percik. Dicadangkan makan malam antara jam 7.00 ptg – 9.00 mlm untuk mengelakkan kesesesakan orang ramai diwaktu cuti sekolah.

Usai makan malam, penuhilah malam anda dengan bersiar-siar pula di Pasar Malam Wakaf Che Yeh.  Pasar ini adalah pasar malam 24 jam yang sangat meriah terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Lihatlah pelbagai ragam peniaga dan pembeli di pasar ini.

Wakaf Che Yeh

Wakaf Che Yeh

Hari pun sudah lewat malam, semestinya anda penat dan bolehlah balik ke hotel dan tidur untuk aktiviti esoknya.

HARI KEDUA

Setelah bersarapan di hotel (jika tidak, bersarapanlah di luar dengan memilih senarai tempat sarapan sedap di atas), kemudian terus ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Jarak Kota Bharu dengan Rantau Panjang adalah 40km. Sebenarnya ada satu lagi tempat shopping popular yang lain iaitu di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kami lebih prefer Rantau Panjang kerana lebih banyak pilihan, kawasan pula lebih luas. Di Rantau Panjang, anda boleh membeli pelbagai barangan seperti jersey bola, toto, pinggan mangkuk import dan pelbagai lagi.

rantaupanjangfeatured

Rantau Panjang

Dalam perjalanan ke Rantau Panjang, anda boleh singgah sebentar membeli Serunding Daging Sabariah yang popular di Pasir Mas. Lihat rumah hijau di tepi jalan setelah melalui roundabout lemal, Pasir Mas.

Apabila sudah puas berada di Rantau Panjang dicadangkan solat dan berehat sebentar di Masjid Beijing yang unik terletak di Rantau Panjang.

Jika anda memilih untuk ke Pengkalan Kubor pula, boleh terus ke Pengkalan Kubor setelah bersarapan pagi. Dalam perjalanan ke Pengkalan Kubor dari Kota Bharu, anda akan melintas beberapa tokong Budha yang besar seperti tokong  Wat Photivihan, iaitu patung budha tidur paling besar di asia tenggara. Jika berkesempatan, bolah sahaja singgah untuk mengambil gambar.

Di Pengkalan Kubor, barangan yang patut dibeli juga seperti di Rantau Panjang. Jangan lupa mencuba pelbagai jenis makanan yang dijual di situ.

Selesai di Pengkalan Kubor, waktu petang, bolehlah pergi pula ke Pantai Geting di Tumpat, berdekatan dengan Pengkalan Kubor. Pantai Getting lebih meriah dan suasana juga mendamaikan.

Balik ke hotel dan berehat. Malamnya, boleh makan malam dengan memilih restoran makan malam yang popular.

HARI KETIGA 

Jika hari ketiga hari terakhir anda, anda boleh check in lebih awal sebelum ke Pasar Siti Khadijah. Di Pasar Siti Khadijah, beli ole-ole seperti keropok segera, keropok mentah, serunding daging, dodol. Pilihan kain batik yang berkualiti juga boleh didapati disini. Pada masa yang sama boleh breakfast di Pasar Siti Khadijah iaitu di medan selera tingkat 1.

Pasar Siti Khadijah Kelantan

Pasar Siti Khadijah Kelantan

Setelah puas di Pasar Siti Khadijah, anda dicadangkan berkunjung pula ke Bazar Tok Guru, di sini ada pilihan terbaik untuk shopping pakaian dan kain seperti pelbagai jenis tudung wanita, kain pasang, kain pelikat lelaki, kain sembahyang perempuan dan pelbagi lagi. Harga di Bazar Tok Guru antara yang termurah boleh anda dapati di Kelantan. Gunakan kepakaran anda untuk ‘nego’ harga untuk dapat harga yang lebih murah.

Bazar Tok Guru Kota Bharu

Bazar Tok Guru Kota Bharu

Antara tempat-tempat lain yang boleh dikunjungi jika berkesempatan ialah:

  1. Kompleks KBMall – Kompleks membeli-belah moden yang menjadi salah satu landmark Kota Bharu
  2. Kampung Laut – Menyeberangi Sungai Kelantan untuk ke Kampung Laut. Kampung Laut tempat perusahaan sambal daging dan juga mempunyai beberapa tarikan pelancongan seperti wayang kulit dan kraftangan.
  3. Tok Bali – Berkunjung ke terminal pendaratan ikan Tok Bali dan juga pantai Tok Bali.
  4. Taman Air Splash – Beriadah sambil bawa anak anda mandi kolam di Splash Taman Indera Petra.
  5. Taman Tengku Anis – Beriadah di waktu petang di Taman Rekreasi Tengku Anis.

Jika anda bercuti pada musim cuti sekolah di Kelantan, boleh semak dahulu calendar pelancongan kerana jika berpeluang, anda boleh hadiri pelbagai program dan aktivti yang dianjurkan di Kelantan seperti Pesta Wau Antarabangsa dan lain-lain lagi. Lihat calendar aktiviti di Kelantan dengan klik link Kalendar Program di Kelantan

Selamat bercuti di Kelantan Darul Naim




Comments

  1. says

    Kami akan pastikan entry ini akan sentiasa dikemaskini terutamanya setiap musim cuti sekolah atau cuti umum bagi memudahkan anda pelancong domestik berkunjung ke Kelantan. :)

  2. says

    TUMPANG LALU =).

    TIPS BERCUTI KE KELANTAN.

    1)Booking Tiket Hotel/Resort.

    Kenal pasti dahulu anda mahu pergi kemana.Lagi bagus jika dah booking.

    2)Dapatkan Maklumat tempat- tempat menarik di kELANTAN untuk di lawati.

    Info Tempat- tempat di kELANTAN? search saja dekat Uncle Google.com, macam2 yang keluar TAK Ade masalah…

    3)Aktiviti ( CADANGAN ) =).

    1 ) Kampung Kraftangan : Kampung kraftangan yang terdapat di bandar Kota Bharu ini adalah antara lokasi pelancongan utama Negeri Kelantan.
    2 ) Pantai Cahaya Bulan (PCB) : Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota bHARU.
    3 ) Kota Sultan Ismail Petra serta pelbagai monumen bersejarah berdekatan : Kawasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar.

    4) KENDERAAN SEWA?

    PERGI JE KAT >> http://sewavandikelantan.blogspot.com.

    Pernah BERCUTI di Kelantan?
    Nak bercuti di Kelantan tak? Pergi sini yer >> Van Sewa di Kelantan / Kelate.

  3. says

    Assalamualaikum, InsyaAllah minggu hadapan saya akan ke kelantan. Tujuan saya mencari pembekal, pemborong, kedai menjual pakaian ibadat lelaki seperti kurta, jubah dan sebagainya. Saya tidak pernah ke kelantan dan mohon jika ada sedikit maklumat dan tips perkongsian. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


− 4 = zero


*