Taman Air Splash di Taman Indera Petra Kelantan

1 December 2013

Suasana di Kolam Splash Taman Indera Petra

Taman Air Splash ini satu-satunya taman air yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga di Kelantan. Taman ini terletak di Taman Indera Petra Kota Bharu (bersebelahan Kota Darul Naim) yang sangat dicadangkan untuk anda berkunjung seisi keluarga dengan membawa anak anda mandi sewaktu cuti sekolah mahupun hujung minggu.

Pintu masuk ke Taman Air Splash di Taman Indera Petra

Pintu masuk ke Taman Air Splash di Taman Indera Petra

Jika anda menginap di homestay atau hotel yang tiada kolam mandi, tentunya kunjungan ke Taman Air Splash memberikan lebih keriangan kepada anak-anak anda.

Pendek kata, tiada yang lebih menggembirakan anak anak apabila diulit kedinginan air dan ketenangan Taman Air Splash apabila bercuti di Kelantan.

Kolam Mandi Taman Air Splash

Kolam Mandi Taman Air Splash

Taman Air Splash sebenarnya salah satu tempat menarik untuk beriadah bersama keluarga di Kelantan yang tidak ramai mengetahuinya kerana lokasinya agak ‘tersorok’ walaupun berada di bandar Kota Bharu.

Di sini terdapat 3 jenis kolam berdasarkan tahap kedalaman untuk kanak kanak. Walaubagaimanapun, tidak ada kolam yang dalam, paling dalam pun hanya paras pinggang orang dewasa sahaja.

Kolam Cetek

Kolam mandi yang agak cetek di Taman Air Splash

Pelbagai inisiatif telah dibuat oleh pihak pengurusan baru yang penulis jangkakan populariti taman ini akan meningkat berikutan pertambahan pengunjung dari semasa ke semasa.

Suasana Kolam Mandi Splash

Suasana Kolam Mandi di Splash Taman Indera Petra

Apa yang penting, Taman Air Splash ini dijaga dengan rapi yang mementingkan soal kebersihan, keselamatan dan keselesaan.

Persekitaran kolam bersih

Kebersihan dan persekitaran kolam yang dijaga rapi memberi keselesaan untuk anda

Jika penat melayan anak mandi manda, terdapat pelbagai jenis pilihan makanan untuk anda menjamu selera di sini. Pelbagai gerai dan medan selera disediakan.

Eddie Fried Chicken Splash Mama Chop Splash Taman Permainan Kanak-Kanak Splash

Semestinya waktu cuti sekolah dan hujung minggu taman ini akan dikunjungi ramai orang, biasanya waktu orang ramai adalah pada waktu petang. Jadi, anda boleh kunjungi lebih awal untuk lebih keselesaan dan mengelakkan dari kesesakan orang ramai.

Taman Air Splash ini satu destinasi santai yang sesuai untuk membawa anak anda mandi manda dan beriadah dengan kos yang sangat rendah dan dijamin puas hati.

Sebagai panduan, berikut adalah maklumat penting sebelum anda berkunjung ke  Taman Air Splash Kota Bharu.

WAKTU OPERASI

Dibuka setiap hari:

10.00 am hingga 1.00 pm (1.00pm hingga 2.00 pm rehat)

2.00 pm hingga 7.00 pm

 

HARGA TIKET

Ibu Bapa / Penjaga : RM3

Kanak-kanak:

6 Tahun ke bawah: RM5

7 hingga 12 Tahun: RM6

12 Tahun ke atas: RM7

 

KEMUDAHAN LAIN YANG TERDAPAT DI TAMAN INDERA PETRA

Taman Permainan Kanak Kanak, Surau, Medan Selera, Tandas Awam, Parking

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI

09-7488322

PETA LOKASI

 Taman Air Splash Kelantan

 




Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


× five = 40


*