Kampung Kraftangan

24 November 2012

Kampung Kraftangan

Kampung kraftangan yang terdapat di bandar Kota Bharu ini adalah antara lokasi pelancongan utama Negeri Kelantan.

Walaupun namanya Kampung Kraftangan, namun ia bukanlah kampung sebenar. Hanyalah simbol pelancongan untuk dijadikan daya tarikan kepada pelancong. 

Muzium Kraftangan

Muzium Kraftangan yang terdapat di kawasan Kampung Kraftangan

Bagi yang ingin membeli cenderamata untuk yang tersayang, terdapat pelbagai jenis barangan cenderamata, hasil kraftangan, barangan tradisional yang dijual di Kampung Kraftangan.

Barangan tersebut meliputi barangan ukiran kayu, buluh, songket, raga, pelbagai jenis cenderamata dan hasil anyaman rotan.

Pelbagai jenis cenderamata dijual

Berdekatan Kampung Kraftangan ini juga terdapat banyak monumen, tinggalan sejarah, kebudayaan dan kesenian yang boleh anda lawati seperti Bank Kerapu, Muzium Kraftangan, Istana Balai Besar, Padang Bank, Istana Jahar dan Pintu Gerbang. Selain itu, Masjid Muhammadi juga terletak berdekatan.

Kampung Kraftangan ini sangat sesuai jika datang seisi keluarga terutamanya pada musim cuti sekolah. Jika datang menginap di sekitar Kota Bharu, Kampung Kraftangan ini adalah tempat yang wajib anda lawati.

Tips




Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


9 × = sixty three


*