Jika anda tercari-cari resort terbaik di Kelantan pada masa kini, kami jamin anda tidak akan menyesal jika menginap di Tok Aman Bali Beach Resort.
Resort yang bertaraf 4 bintang ini masih baru dibuka iaitu pada bulan November 2011. Resort baru sememangnya menjadi pilihan pengujung yang bijak dalam memilih tempat penginapan yang terbaik.
Resort Tok Aman ini terletak di Tok Bali, Pasir Puteh iaitu lebih kurang 50 KM dari bandar Kota Bharu dan juga berhampiran dengan Jambatan Tok Bali.
Lokasinya yang strategik membolehkan pengunjung menikmati keindahan pantai dan suasana yang sangat mendamaikan.

Pemandangan di Resort Tok Aman Bali
Antara keunikan di resort ini yang tidak didapati di mana-mana adalah rekabentuknya, dimana kesemua blok menghadap kolam renang yang luas.
Kolam renang terbuka ini memang sangat sesuai untuk mandi-manda terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak. Ditambah lagi dengan bilik permainan kanak-kanak serta kawasan permainan yang disediakan, pasti dapat menghiburkan anda sekeluarga.

Kolam renang terbuka di tengah-tengah resort

Kolam mandi kanak-kanak siap dengan gelungsur.
Setiap bilik di resort ini dilengkapi dengan balkoni yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan pantai dan tasik buatan manusia.
Sangat sesuai bagi mereka datang dengan keluarga, berbulan madu mahupun ingin mengadakan hari keluarga. Harga bilik serendah RM198 ringgit untuk satu malam berserta sarapan pagi.
Terdapat 3 jenis bilik yang boleh dipilih iaitu Deluxe King Room, Deluxe Twin Room dan Executive Suite.

Deluxe King Room: Suasana bilik yang mendamaikan

Deluxe Twin Room

Executive Suite: Perhatikan di balkoni, anda akan menikmati pemandangan tasik buatan manusia
Pelbagai kemudahan lain yang boleh didapati seperti LCD TV dengan Astro, minibar, pengering rambut, Wifi, kolam renang, gimnasium, minimarket dan pelbagai lagi.
Jika bosan tanpa sebarang aktiviti di sini, cubalah aktiviti menaiki bot pedal, mengayuh basikal, ping pong, kereta kawalan jauh dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, anda tidak akan bosan selama berada di resort ini.

Aktiviti mengayuh ‘pedal boat’ boleh memberi ketenangan dan keseronokan di sini
Ada yang menamakan resort ini sebagai ‘mutiara yang tersorok di Kelantan’ disebabkan usianya yang masih baru serta menepati citarasa dari segenap lapisan pengunjung.

Tiada yang lebih romantik dengan candle light dinner yang dikelilingi tasik
Tunggu apa lagi, jika merancang percutian pada cuti sekolah yang akan tiba, cepat tempah Tok Aman Bali Resort secara online sekarang di Tok Aman Bali Beach Resort dengan harga diskaun. Berbaloi-baloi.

Pemandangan indah di Tok Aman Bali Beach Resort . Foto oleh weelingraphy.com
Tips:
- Pada musim cuti sekolah, resort ini akan penuh memandangkan sambutan menggalakan, oleh itu tempahlah seawal mungkin.
- Jangan lupa berkunjung ke terminal pendaratan ikan Tok Bali yang berdekatan dengan jambatan Tok Bali, boleh melihat ikan segar yang baru turun dari bot.
- Jika anda memilih untuk tidak makan malam di resort ini, boleh menikmati ikan bakar Tok Bali di medan ikan bakar berhampiran dengan terminal pendaratan ikan atau mencuba meggi ketam yang terletak di Tok Bali.
Peta lokasi Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan
Tempah Tok Aman Bali Beach Resort sekarang dengan harga promosi yang ditawarkan





Resort ini paling menarik di Kelantan buat masa ini. Disebabkan usianya yang masih baharu dan harga yang ditawarkan pula berpatutan. Sesuai untuk semua golongan.
macam mana nak aplly job jkat sana..
memang cantik! terbaik..
Tahun baru cina bulan februari 2013 sudah ramai orang tempah di resort ni. Eloklah tempah sekarang sementara bilik masih ada.
wow memang cantik.. pernah melihat dr luar tp tidaklah menyagka secantik in. kalo sy plan percutian untuk 5 orang..brapa agaknya bajet yg perlu sy peruntukan?
untunglaorg kelanten
orng perlis pn ap kurangnyerr…keh3
5 org ja…n menyagka pun boleh~~~~
ak count my family members la..huh.. mg oyap gapo? ak x pehe..? n menyagka pun boleh~~~?? gapo tu p??
Untuk 5 orang, saudara boleh semak harga bilik dan jenis bilik dengan klik link tempahan yang disediakan di atas. Masukkan sekali tarikh sebab harga bilik adalah mengikut kadar hari biasa, cuti sekolah dan cuti perayaan.
best nye tempat ni.
Nice
Boleh bg saya Tok Aman Bali Beach resort pya hp number tak?
09- 6918899
sy call x angkat la no 09-6918899 ada no lain x?
nak kerja sana mcm mana nak aplly….
Cuba submit resume online di http://www.tokamanbali.com.my/careers
thanks>i will try it
student bleh xpraktikal sini? tq.student kulinari
agok2 ahh….nk dok hotel2 sedak2 mg
as long as u got 3.5 and above.u deserved it
Best x tok aman bali beach resort?
Resort ini terbaik di Kelantan buat masa ini. Pasti tidak mengecewakan
Insyaallah ada rezeki sampai sana
) terima kasih.
aman tok bali mmg best……x nyesal lau p tau…suasana y sgt romantik….tp syg…..p sorg2…..ada masalah..mmg best g cni….
best ko g bila…bilik rm berapa sana
thn lepas…stres keje…….aq g 3 mlm…dkat rm400……tp best la…..
OWH SEMALAMAN BERAPA
saya sekeluarga akan brcuti smpena hari keluarga di TokAman Bali stat cuti sek ni 24-25 jun..ni first time kami pegi…hrp2 hepi di sana..tgk pic kt atas ni pon dh rasa trtarik..saya dh tempah awal2…dlm rm 200 smlm…tp mcm x cukup rasa gi 2 hari 1 mlm…kena gi lama lg baru best kn…x sabarnye…
InsyaAllah hepi2. 2 hari 1 malam dah cukup kalau gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk beriadah dan bersantai bersama keluarga di resort tersebut. Selamat bercuti di Kelantan…
saya nak buking cuti sek bln 5 ni…cane yes saya nak book..saya nak hubungi sape ye…utk 10 org…fmly…brape yes bajet untuk satu hri satu mlm….nanti inbox saya yes…
60hinggit utk satu hari k.ila..
Boleh pergi ke FB rasmi Tok Aman Bali. Di situ ada no untuk dihubungi https://www.facebook.com/tokamanbaliresort.kelantan