Tune Hotels Kota Bharu

18 May 2013

Adakah anda sudah tempah penginapan untuk becuti di Kelantan? Hotel sekitar pusat bandar pula sudah penuh? Inginkan hotel yang sangat selesa dengan harga yang berbaloi-baloi? Cubalah Tune Hotel cawangan Kota Bharu yang bersebelahan dengan kompleks membeli belah moden terkemuka di Kelantan iaitu KB Mall.

Hotel ini menawarkan servis dan kemudahan bertaraf 5 bintang pada harga 1 bintang, sesuai dengan slogan Tune Hotel.

Tune Hotel Kota Bharu

Tune Hotel Kota Bharu

Sebanyak 119 bilik double dan 52 bilik twin yang terdapat di hotel ini. Anda tidak perlu risau jika tiada tempat penginap di Kelantan kerana hotel ini menawarkan bilik yang banyak. Tetapi perlu menempah lebih awal jika ingin berkunjung pada musim cuti sekolah.

Bilik dan katil Tune Hotel Kota Bharu

Bilik dan katil Tune Hotel Kota Bharu

Tune Hotel ini sangat sesuai jika anda ingin menginap di Kelantan dengan lebih selesa dan ekslusif dengan harga yang amat berpatutan.

Walaubagaimanapun, hotel ini tidak terlalu dekat dengan tempat tumpuan pelancongan di Kelantan. Anda perlu menaiki kenderaan untuk ke Pasar Siti Khadijah, Kota Sultan Ismail Petra dan pelbagai lagi. Tetapi, jika hendak ke KBMALL, hanya berjalan kaki sahaja.

Jarak hotel ini dengan Pasar Siti Khadijah ialah lebih kurang 2km manakala jarak dengan Pasar Wakaf Che Yeh ialah 3km. Namun, hotel ini antara hotel yang dicadangkan berdasarkan servis dan harga yang ditawarkan.

Bilik Double Tune Hotel

Twin Room

Hayaki Cafe

Mesti singgah di Hayaki Cafe yang terletak di tingkat 1 hotel untuk bersantai sambil menjamu selera.

Oleh kerana Tune Hotel ini adalah hak milik syarikat penerbangan Air Asia, maka ia menggunakan konsep yang sama di mana pengguna perlu membayar lebih sedikit jika mahukan kemudahan lain seperti air-cond, tv dan parking kenderaan. Namun, harganya masih lagi berbaloi-baloi jika dibandingkan dengan beberapa hotel ternama lain di sekitar Kota Bharu.

Kelebihan menginap di Tune Hotel:

  • Sangat selesa, harga berpatutan
  • Berdekatan dengan KBMALL, hanya berjalan kaki sahaja

Peta Tune Hotel Kota Bharu





Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


8 − = four


*