Polyland Hotel & Apartment

15 October 2012

Jika anda inginkan sebuah hotel yang masih baru dengan harga yang paling istimewa di Kelantan, sangat dicadangkan mencari hotel di tengah-tengah pasar malam Wakaf Che Yeh. Antara hotel yang dicadangkan adalah Polyland Hotel & Apartment. Ianya terletak di bangunan baru di tengah-tengah Pasar Wakaf Che Yeh dan hotel ini masih lagi baru dibuka pada bulan Mac tahun 2010. Anda akan berpuas hati dengan segala perkhidmatan dan kelengkapan yang ada. Maklumlah, hotel masih baru lagi. Hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk saluran Astro terpilih.

polyland-hotel-kb

Pintu hadapan Hotel Polyland

polyland-hotel-kb

Pemandangan diluar hotel

Harga hotel ini pula sangat berpatutan. Sekarang ini masih lagi dengan harga promosi. Standard Room atau bilik single satu katil hanya RM58. Manakala bilik Superior yang mempunyai 1 katil queen hanya RM78 sahaja. Jika datang dengan satu keluarga seramai 4-5 orang termasuk suami isteri, bolehlah ambil bilik Deluxe dengan hanya RM98. Jangan lepaskan peluang ini.

Pemandangan dan kemudahan di dalam hotel

Lobby

Katil single

Katil double

Bilik Deluxe: 1 katil queen, 1 katil single

Kelebihan menginap di sini:

  1. Masih baru dan sangat selesa
  2. Di tengah-tengah Pasar Wakaf Che Yeh(hanya berjalan kaki  sahaja untuk membeli belah)
  3. Lokasi sangat strategik untuk ke pusat bandar Kota Bharu dan Rantau Panjang
  4. Layanan mesra dan sangat memuaskan

Pada waktu cuti sekolah, hotel ini memang sentiasa penuh. Untuk itu, tempahlah seawal mungkin. Anda boleh menghubungi talian 09-7439090 untuk tempahan atau layari laman web http://www.polylandinn.com untuk maklumat lanjut.




Comments

  1. Ahmad Salimi Ashaari says

    Mintak cadangan tempat parking yang dekat dan selamat sekitar hotel polyland atau di wakaf che yeh.. Tq

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


− 6 = zero


*