Hotel Grand Riverview terbaik di Kelantan

14 August 2014

hotel grand river view kota bharu kelantan

Jika anda mencari hotel yang paling popular di Kelantan, antara pilihan yang boleh dicuba ialah Hotel Grand Riverview.

Hotel bertaraf 4 bintang ini telah memenangi anugerah hotel terbaik oleh Kelantan State Tourism Award dan juga mendapat Recognition Malaysia Tourism pada tahun 2010.

Selesa, bersih, layanan mesra serta harga yang sangat berpatutan untuk hotel mewah ini memang menjadi pilihan pengunjung. Para VIP, orang kenamaan, malah pasukan bolasepak dalam negara mahupun antarbangsa kerap kali menjadikan hotel ini tempat penginapan mereka.

Tarikan utama hotel ini semestinya kedudukan yang sangat strategik iaitu di tepi sungai Kelantan dan berdekatan dengan tempat menarik serta membeli-belah.

Anda boleh berjalan kaki sahaja untuk ke beberapa tempat menarik dan bersejarah di Kota Bharu seperti Muzium Kraftangan, Bank Kerapu, Tambatan DiRaja, Pasar Siti Khadijah atau ke pusat bandar Kota Bharu.

Hotel ini menyediakan 4 jenis bilik iaitu Premier Room, Songket Suite, Sutera Suite dan Cindai Suite.

Premier Room

bilik premier hotel grand riverview kota bharu

Premier Room adalah bilik yang paling laris dan paling murah di hotel ini. Sangat sesuai untuk keluarga yang kecil.

Songket Suite

Songket suite hotel grand riverview

Songket Suite menawarkan bilik yang sangat selesa dan luas yang sesuai bagi businessman ataupun keluarga yang ramai.

Sutera Suite  

Sutera suite hotel grand riverview kota bharu

Rekabentuk Sutera suite yang menawarkan konsep romantik sesuai bagi mereka yang berbulan madu atau yang inginkan kelainan di hotel ini.

Cindai Suite

cindai suite grand riverview kota bharu kelantan

Cindai Suite pula merupakan bilik suite yang paling besar di hotel ini.

Pelbagai kemudahan yang disediakan termasuklah akses internet dan Wi-Fi percuma, kolam renang, gymnasium, suratkhabar harian, tempat letak kereta dan pelbagai lagi.

Yang paling menarik adalah adanya kemudahan kolam mandi khas untuk kanak-kanak yang tentunya membuatkan anak-anak anda gembira bermandi-mandi ketika menginap di hotel ini.

kolam renang hotel riverview

Terdapat 2 buah kolam renang yang sesuai untuk semua golongan

Selain itu, antara keunikan istimewa di sini adalah pengunjung boleh menikmati suasana matahari terbenam pada sebelah petang yang sangat indah dan mendamaikan.

tepi sungai grandriver view

Pemandangan sungai Kelantan hanya luar tingkap bilik

 

notis matahari terbenam kota bharu

Tip bagi yang ingin melihat pemandangan matahari terbenam di lobi hotel

Makanan yang disediakan juga boleh dikatakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan hotel lain.

Hotel Grand Riverview ini menduduki tempat nombor satu terbaik di Kelantan dan mendapat status ‘Very Good’ setelah diulas oleh pengunjung yang pernah menginap di hotel ini.

Sangat dicadangkan untuk membuat tempahan secara online kerana anda boleh mendapatkan kadar bilik lebih murah daripada walk-in. Untuk melihat promosi terkini dan kadar harga, klik Hotel Grand Riverview

Peta Hotel Grand Riverview, Kota Bharu Kelantan

 




Comments

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


− one = 6


*