Penginapan hotel yang terletak di tengah bandar Kota Bharu sememangnya memudahkan anda akses ke tempat-tempat menarik seperti Kampung Kraftangan, Pasar Siti Khadijah, Restoran Nasi Ulam, Pasaraya Giant, Stadium Sultan Muhammad IV dan banyak lagi dengan hanya berjalan kaki sahaja. Sangat sesuai jika masa anda banyak diperuntukkan di sekitar Kota Bharu.
Kelebihan memilih hotel di tengah bandar Kota Bharu:
- Hanya berjalan kaki untuk ke pasaraya The Store dan Giant, Pasar Siti Khadijah, Bazar Tengku Anis, Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Pintu Gerbang, Padang Merdeka, Masjid Muhammadi, Tambatan DiRaja.
- Menjimatkan masa dan tidak perlu menaiki kereta untuk bersiar-siar di pusat bandar Kota Bharu.
- Sangat sesuai jika percutian anda ditumpukan banyak masa di pusat bandar Kota Bharu.
- Agak sesak dan crowded terutamanya pada musim cuti sekolah.
- Tempat letak kereta (parking) terhad dan kebanyakan hotel tidak menyediakan kemudahan ini.
Untuk itu, pilihan hotel di tengah bandar Kota Bharu yang dicadangkan adalah seperti di bawah. Klik pada pautan hotel untuk melihat lebih lanjut kemudahan yang disediakan serta harga bilik yang ditawarkan.
Anda sangat digalakkan untuk membuat tempahan hotel secara online di laman web seperti Agoda.com, Booking.com atau LateRooms.com kerana kadar online adalah lebih murah dari walk-in dan tempah online adalah lebih mudah lagi menjimatkan.
Setiap pautan link hotel di bawah akan membawa anda ke tempahan secara online berdasarkan perbandingan termurah antara Agoda.com, Booking.com, LateRooms.com dan lain-lain lagi.

Hotel Raudah terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan berdekatan dengan stesen bas dan bangunan tabung haji. Selesa dan harga sangat berpatutan.

Hotel Temenggong antara hotel yang telah lama beroperasi di Kota Bharu.

Suria Hotel yang berdekatan dengan stesen bas dan Pasaraya Giant serta The Store

Hotel Flora Place

Hotel bajet Sabrina Court.

Hotel Habib dibuka pada tahun 2010. Mempunyai 32 bilik. Sangat selesa dan servis sangat memuaskan. Berdekatan dengan Lembaga Tabung Haji dan boleh berjalan kaki untuk ke Stadium Sultan Muhammad IV.

Hotel yang paling baru. Dibuka pada 2011. Bersebelahan dengan Masjid Muhammadi, Kampung Kraftangan, monumen bersejarah dan berdekatan dengan Tambatan DiRaja
Sebelum membuat tempahan hotel, pastikan hotel yang dipilih menepati citarasa anda termasuk pelbagai kemudahan yang disediakan selain daripada harga yang ditawarkan sangat berpatutan.
Antara faktor yang perlu diambil kira adalah sebelum membuat tempahan adalah:
- Harga kadar bilik
- Servis dan layanan yang diberikan
- Keselesaan
- Kemudahan Wifi, TV LCD dgn Astro dan parking kenderaan




Satu lagi, Hotel Ridel yang terletak di tepi sungai Kelantan juga sangat dekat dengan Perkampungan Kraftangan, Tambatan DiRaja.